Aku mendaki bukit lalu berteriak terus
Aku mendongak tenung awan lalu menarik nafas dalam
Kosong ini aku rasa. Kosong ini aku benci
Terkadang mahu sahaja aku mendaki bukit tanpa henti
Terkadang mahu sahaja aku mendongak tenung langit begini
Malas aku melayan sandiwara manusia juga dunia
Si polan itu kabur mata duitan, si polan ini menjaja fitnah
Lemas aku terperangkap dalam habuk diskriminasi hamprak
Letih aku hidup dalam kantung ini
Beri aku ruang
Ruang secukupnya.
by #FLilMonster
Thank you so much, people ! :)
budak (s) comel mengintai :)