Babak 1 :
Stesen Masjid Jamek
Masuk seorang gadis ke dalam perut tren. Lalu duduk, kebetulan ada tempat duduk yang kosong. Gadis itu duduk di sebelah amoi cina.
Amoi : Wah adik, manyak shopping raya ouh. Manyak barang ni !
Gadis : Yalah amoi, mau raya ni. Sebab tu beli banyak barang. Hehe.
Amoi : Saya pun suka Hari Raya lo. Manyak best !
Gadis : Yeke amoi ? Hehe.
Amoi : Okay saya mahu keluar ni. Selamat Hari Raya ouh.
Gadis : Terima kasih amoi. Hehe.
Babak 2 :
Di rumah. Tengah mengemas rumah. Tukar langsir. Bersihkan habuk dan bla blaa. Abah hendak baiki pintu tandas lalu datanglah uncle india bawak pintu ganti. Dia berdiri tersenyum di luar rumah.
Uncle : Wah sibuk adik-adik kemas rumah eh. Banyak lawa ini rumah.
Kami : Terima kasih uncle. Nak raya ni kenalah rumah cantik-cantik, kemas-kemas. Hehe.
Uncle : Tu macam ka ? Bagus-bagus. Selamat Hari Raya haa. Bye-bye.
Kami : Selamat Hari Raya jugak, uncle. Hehe. Bye-bye.
by #FLilMonster
budak (s) comel mengintai :)
Tweet
No comments:
Post a Comment
Thanks for pushing your sweet keyboard to leave a comment ;D